Ahad, 20 November 2011
PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK
"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.
Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).
Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).
Contoh peta minda, "Basic Needs" Sains Tahun 4.
Pelajar dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting.
Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf dan bernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikut susunan dan turutan yang betul. Ini adalah untuk memastikan supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikut alirannya.
Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarik yang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap fakta tersebut.
Label huruf dan nombor serta gambar
Anda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta minda secara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkan maklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda. Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapat dikeluarkan kerana ia telah di"peta"kan ke dalam fikiran anda.
KELEBIHAN PETA MINDA
|