Ahad, 30 Oktober 2011

Contoh Peta Minda Sains Tahun 4



Isnin, 17 Oktober 2011

Kaedah Mengambil Nota Efektif


http://www.slideshare.net/brightlearning/peta-minda-mind-map


 Slide inimenunjukkanlangkah-langkah mengambil/membuatnota sebelum,semasa dan selepas kelas.Seterusnya menerangkan kebaikan menggunakan peta minda.Di samping menerangkan langkah-langkah membina peta minda.Akhir sekali contoh-contoh peta minda dipaparkan sebagai rujukan.
 


Sabtu, 8 Oktober 2011

Belajar Cara Belajar- Peta Minda Sains Tahun 4

Pendahuluan
Matapelajaran Sains merupakan satu matapelajaran yang agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Ini adalah kerana  pelajar perlu mengingati dan menghafal  banyak konsep dan fakta. Maka untuk memperolehi markah yang baik atau ingin mendapat 'A' dalam matapelajaran Sains adalah idaman semua pelajar.  
Untuk mendapat markah yang tinggi dalam apa sahaja matapelajaran termasuk Sains, anda perlu tekun dan rajin membaca nota yang telah diberikan oleh guru atau buku teks yang sedia ada.  Walaubagaimanapun buku teks yang tebal yang mengandungi ratusan atau mencecah ribuan kata kunci fakta Sains boleh mematikan semangat pelajar untuk meminati Sains.

Peta Minda
Peta minda merupakan satu kaedah yang diperkenalkan oleh Tony Buzan, sekitar tahun 70-an. Peta minda adalah satu kaedah pembelajaran di mana ianya satu teknik yang menggabungkan pelbagai teknik pembelajaran, terutamanya teknik membaca dan menganalisis maklumat.Peta minda terdiri dari pelbagai warna, penggunaan imej dan kata kunci dan sedikit penerangan. Ianya menggalakkan penggunaan kedua-dua belah otak kiri dan kanan.Sebelum membuat peta minda, kena baca dan memahami topik itu dulu.

Kelebihan-Kelebihan Peta Minda
  1. Meningkatkan daya ingatan
  2. Semasa mengulangkaji mengurangkan kadar kebosanan dan keletihan
  3. Menimbulkan keseronokan semasa mengulangkaji
  4. Pemusatan dan tumpuan bertambah
  5. Mengurangkan lupaan,keletihan dan kurang minat
  6. Skop pemerhatian semasa mengulangkaji bertambah
  7. Banyak maklumat/kandungan pelajaran dapat diingat
  8. Banyak idea baru tercetus – hasil daripada pelbagai rujukan
  9. Fikiran menjadi lebih kreatif – warna,gambar,lakaran

Teknik Membuat Peta Minda
Diasaskan oleh Tony Buzan awal 70 an – berdasarkan fungsi dan rangsangan otak.
Otak kita dapat mengingat kembali dengan mudah maklumat dalam
bentuk :
  1. gambar
  2. simbol-simbol
  3. carta
  4. diagram
  5. jadual
  6. corak
  7. perasaan
  8. bunyi
  9. emosi
  10. keseronokan.

Teknik-Teknik Berkesan Membuat Peta Minda
  1. Tulis dengan terang dan jelas
  2. Isi utama lebih besar daripada isi tambahan
  3. Gunakan simbol dan gambar yang berkait rapat dengan diri kita
  4. Gunakan anak panah, warna, corak – menunjukkan perkaitan
  5. Cipta peta minda yang unik dan luar biasa serta kreatif
  6. Cuba bina peta minda dengan pantas, spontan.
  7. Boleh menggunakan secara melintang, mendatar dan menegak.
  8. Mesti ada aura keseronokan semasa membuatnya.

Langkah-Langkah Membuat Peta Minda
  1. Sediakan sehelai kertas dan pen pelbagai warna
  2. Kenalpasti tajuk/ kata kunci(keyword) utama di Tajuk bahagian tengah – bentuk bulatan, empat segi,bintang,bujur dan lain-lain
  3. Bentukkan cabang/garisan dari tajuk utama – hadkan kepada 5 @ 7 cabang.Gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus kerana otak kanan suka pada seni dan kreativiti. Gunakan warna yang berbeza.
  4. Mengandungi kata kunci setiap cabang – satu perkataan  menggambarkan rumusam keseluruhan sesuatu idea.
  5. Bentukkan ranting-ranting dari cabang utama untuk memasukkan maklumat tambahan.
  6. Gunakan simbol @ gambar menarik untuk membantu ingatan


 

Template by:

Free Blog Templates