Ahad, 20 November 2011

Didik Hibur



http://www.youtube.com/watch?v=j2fRMhYP5n8&feature=related



Lagu merupakan salah satu didik hibur yang boleh diserapkan semasa pengajaran dan pembelajaran sains bagi menarik minat murid sepanjang proses pembelajaran.Selain berbentuk hiburan ia memudahkan murid untuk mengingati sesuatu topik.

Rabu, 16 November 2011

BAGAIMANA PENGAJARAN SAINS YANG BERKESAN



Pengajaran Sains Berkesan

Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut.Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar.

Pengajaran berkesan bergantung kepada:

a. Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran,
b. Keperluan bahan pengajaran
c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran
d. Kemahiran berkomunikasi.

Faktor lain yang menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan:

1. Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari.
2. Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah
3. Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah
4. Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah.
5. Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah.
6. Misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah.
7. Etika guru dan etika pentadbir sekolah.
8. Keadaan dan suasana persekitaran sekolah.
9. Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah.
10. Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah.
11. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika melakukan pekerjaan juga turut mempunyai
saham yang penting ke arah keberkesanan pengajaran guru berkesan.

Faktor pelajar juga boleh mempengaruhi dan menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan.Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang berkesan dalam sebuah kelas tetapi pelajar yang mengikuti pengajarannya tidak tahu peranan mereka sebagai pelajar yang berkesan, maka usaha tersebut akhirnya akan sia-sia sahaja.

Syarat Utama mengajar Sains Berkesan

1. Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang pengajar.
2. Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya.
3. Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan.
4. Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain.
5. Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain.
6. Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.
7. Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya.
8. Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para pelajarnya.
9. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan pelajar.
10. Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar.
11. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di kalangan pelajar.
12. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua pelajar.
13. Mempunyai hubungan yang rapor dan rapat dengan pelajar.
14. Mempunyai sikap suka mendengar.
15. mempunyai sikap humor ketika bersama pelajar.
16. Mempunyai daya penarik yang menakjubkan.
17. Mempunyai fikiran yang terbuka dan positif.
18. mempunyai kemahiran dalam bidang yang diajar.
19. Mempunyai kepakaran dam bidang teknik mengajar.
20. Mempunyai kepakaran berkomunikasi.
21. Mempunyai pengetahuan tentang kemanusiaan.
22. Mempunyai pegangan hidup semua orang boleh berjaya jika diberi bimbingan yang mencukupi.
23. Sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran dan kemahiran yang berkaitan tugasannya.
24. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup bahawa kejayaan boleh dicapai setelah berusaha.
25. Selalu berdoa untuk diri dan pelajarnya.
26. Sentiasa bertawakal kepada Allah.

Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan

Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia.

Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan.

Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang boleh dipilih dan digunakan, iaitu:

1. Kaedah heuristik

Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

2. Kaedah induktif.

Kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am. kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang serupa.

3. Kaedah deduktif.

Ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh.

4. Kaedah Dogmatik

Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang berperingkat.

5. Kaedah projek.

Pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai.

6. Kaedah amali.

Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai.

7. Kaedah Lawatan.

Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu (di luar bilik darjah) dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah.

8. Kaedah Sintesis.

Pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui. berdasarkan data yang ada, pelajar merumus kesimpulan.

9. Kaedah Topik

Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali gus menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan.

10. Kaedah Simulasi

Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan.
keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang dimainkan itu.

11. Kaedah Cerita

Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

12. kaedah perbincangan

Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian.

13. kaedah Modular

Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan.

14. kaedah soal jawab

Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap.

Semua kaedah yang disebutkan di atas , dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di kalangan pelajar dalam aspek-aspek sains berikut:

1. Melakukan eksperimen
2. Mengawal pemboleh ubah bagi sesuatu eksperimen
3. Membuat pemerhatian/pengamatan
4. Mengenal pasti perubahan
5. Mengenal pasti perbezaan
6. Mengenal pasti kesamaan
7. Membuat perbandingan
8. Mencatat data
9. Mengolah/memproses data
10. Meramal berdasarkan data
11. Mengingat kembali fakta
12. Membuat kesimpulan
13. Mentafsir data dan maklumat
14. Membuat hipotesis
15. Membuat inferens
16. Membuat laporan (berkomunikasi)
17. Menggunakan konsep
18. Memberi alasan/sebab
19. Melukis rajah
20. Melabel rajah
21. Mengguna peralatan/bahan sains dengan betul
22. Menyimpan peralatan/bahan sains dengan betul
23. Membersihkan peralatan/bahan sains dengan betul

Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kurikulum sains untuk menghadapi UPSR Kementerian Pendidikan Malaysia.

Persediaan Pengajaran

1. Sediakan tajuk pengajaran

2. sediakan bahan pengajaran secara terperinci, terutamanya mengenai:
    1. Apakah konsep penting dalam tajuk
    2. Apakah isi-si penting
    3. Apakah kata kunci yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan tajuk
    4. Rajah dan alat bantu ajar (transparensi/carta rajah)
    5. Gambar-gambar yang boleh ditunjukkan
    6. Contoh yang berkaitan
    7. kesimpulan yang disampaikan

3. Fikir, sediakan dan susun urutan kaedah persembahan, terutamanya tentang:
   1. Induksi set
   2. kaedah interaksi
   3. Soalan yang perlu dikemukakan sepanjang persembahan

Cara-Cara Membuat Peta Minda



http://youtube/u5FES2mHMqw


Melalui visual ini pembelajaran inkuiri boleh dijalankan di mana aktivit soal jawab boleh dilakukan di dalam pengajaran dan pembelajaran sejauh mana murid faham bagaimana cara atau kaedah membina peta minda. Di sini guru bertindak sebagai fasilitator. Inkuiri bermula apabila murid berhadapan suatu persoalan utama yang perlu dijawab, masalah yang perlu diselesaikan atau suatu pemerhatian yang perlu dijelaskan ( Bateman, 1990)

Template by:

Free Blog Templates