Artikel

 Ahad, 20 November 2011

PETA MINDA: ALTERNATIF TERBAIK

"Mind Map" atau Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).

Contoh peta minda, "Basic Needs" Sains Tahun 4.
 
Pelajar dapat melihat tajuk utama peta di tengah-tengah yang  bercabang kepada tajuk-tajuk kecil yang pula bercabang kepada perkataan atau kata-kunci dan rajah kunci yang penting.




Peta minda yang disediakan dipermudahkan pembacaannya dengan adanya label-label berhuruf dan bernombor di setiap cabang supaya pembacaan adalah mengikut susunan dan turutan  yang betul. Ini adalah untuk memastikan  supaya pemahaman terhadap fakta yang dibaca adalah mengikut alirannya.

Perhatikan juga gambar-gambar yang berwarna dan menarik yang berkaitan dengan fakta dapat mengukuhkan lagi ingatan terhadap  fakta tersebut. 

                                                Label huruf dan nombor serta gambar


Anda tentu perasan bahawa dengan memerhatikan peta minda secara keseluruhan, anda telah pun sudah dapat memasukkan maklumat dengan mudah ke dalam fikiran anda. Oleh itu maklumat tersebut akan mudah pula dapat dikeluarkan  kerana ia telah di"peta"kan ke dalam fikiran anda.


KELEBIHAN PETA MINDA

Dalam Pembelajaran
Menghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah  keseronokan dalam proses pembelajaran,  mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan  mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran.
Dalam Mengingat
Memudahkan pelajar mengingat fakta  setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.
Dalam Pandangan Keseluruhan
Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya  mengulangkaji pelajaran  dengan pantas.
Dalam Berfikir
Melatih  minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik.
Dalam Merancang
Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas.
Dalam Berkomunikasi
Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.





Rujukan : www.petaminda.com
 




 


Template by:

Free Blog Templates